Sepanjang malam, tidak boleh tidor.
Berjuang melaksanakan hutang menyediakan jadual waktu 2013 yg perlu aku edarkan
pada hari akhir persekolahan semalam. Selesai ‘berjadual’ menyambung tugas
memasak, beberapa menu untuk ku tinggal pada 2 anak bujang yang ku tinggal
kerana abang Amin sedang menghadapi SPMnya.
Hari ni ku mohon pulang awal sebab
penerbangan ku dijadual pada 2.55 petang. Tetapi kemudian ditangguhkan pula ke
3.55 petang. Dapat juga aku bernafas untuk menyiapkan keperluan ku untuk 5 hari
4 malam di Bumi Indonesia.
2.00 petang tiba di LCCT.... di maklumkan
Flight Delay kul 5.55 petang pulak. Apa pilihan.... kecuali bersabar ajer
lah....... tiba masa.....diumumkan pula... flight delay ke jam 8.00 pulak.
Aduyai.... tetap tiada pilihan, kena bersabar lagi.......
8.00 lebih….. meredah hujan….. menuju ke
kapal terbang Air Asia…… dan terbang juga dengan meredah hujan.. sesekali
melanggar kepulan awan… kapal terbang bergegar …. Hati turut bergegar…… tiba di
Jakarta…… pilot umum… tak dapat mendarat. Air port penuh… terpaksa lah…. Kami dibawa
berlegar2 di ruang udara selama 30 minit.
Jam 11.00 malam… baru lah tiba di landasan……
11 malam tu bermakna 12.00 malam jalm Malaysia. Di Airport Jakarta kami telah ditunggu oleh
pemandu… (wah pakai pemandu gitu)….. kami sewa van & pemandu selama 5 hari
4 malam untuk melancarkan perjalanan selama kami berada di bumi Indonesia…..
Dari Airport Jakarta… kami terus dibawa ke
Bandung…. Meredah kesesakkan jalan raya sepanjang perjalanan kami… dek
keletihan…… kami lena sepanjang perjalanan….sedarnya jam 3 pagi bila tiba di
guest house tempat untuk kami menginap......
dah sampai….. sambung borak…. Kul 4 pagi baru rasa nak sambung tido…… so…sambung esok…..
Ni tempat menginap.... ok lah. Luas, bersih, ramah & tenang..... |
dah sampai….. sambung borak…. Kul 4 pagi baru rasa nak sambung tido…… so…sambung esok…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan