Jumaat, 9 November 2012

TERBANG LAGI .....BUMI BANDUNG LAGI....




9 Hari bulan. Tiba juga tarikhnya untuk ku menjejak kaki semula ke tanah Jakarta & Bandung.
Sepanjang malam, tidak boleh tidor. Berjuang melaksanakan hutang menyediakan jadual waktu 2013 yg perlu aku edarkan pada hari akhir persekolahan semalam. Selesai ‘berjadual’ menyambung tugas memasak, beberapa menu untuk ku tinggal pada 2 anak bujang yang ku tinggal kerana abang Amin sedang menghadapi SPMnya.
Hari ni ku mohon pulang awal sebab penerbangan ku dijadual pada 2.55 petang. Tetapi kemudian ditangguhkan pula ke 3.55 petang. Dapat juga aku bernafas untuk menyiapkan keperluan ku untuk 5 hari 4 malam di Bumi Indonesia.
2.00 petang tiba di LCCT.... di maklumkan Flight Delay kul 5.55 petang pulak. Apa pilihan.... kecuali bersabar ajer lah....... tiba masa.....diumumkan pula... flight delay ke jam 8.00 pulak. Aduyai.... tetap tiada pilihan, kena bersabar lagi.......
 
8.00 lebih….. meredah hujan….. menuju ke kapal terbang Air Asia…… dan terbang juga dengan meredah hujan.. sesekali melanggar kepulan awan… kapal terbang bergegar …. Hati turut bergegar…… tiba di Jakarta…… pilot umum… tak dapat mendarat. Air port penuh… terpaksa lah…. Kami dibawa berlegar2 di ruang udara selama 30 minit.
Jam 11.00 malam… baru lah tiba di landasan…… 11 malam tu bermakna 12.00 malam jalm Malaysia.  Di Airport Jakarta kami telah ditunggu oleh pemandu… (wah pakai pemandu gitu)….. kami sewa van & pemandu selama 5 hari 4 malam untuk melancarkan perjalanan selama kami berada di bumi Indonesia…..
Dari Airport Jakarta… kami terus dibawa ke Bandung…. Meredah kesesakkan jalan raya sepanjang perjalanan kami… dek keletihan…… kami lena sepanjang perjalanan….sedarnya jam 3 pagi bila tiba di guest house tempat untuk kami menginap...... 
Ni tempat menginap.... ok lah. Luas, bersih,  ramah & tenang.....

dah sampai….. sambung borak…. Kul 4 pagi baru rasa nak sambung tido……  so…sambung esok…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan