Selasa, 27 November 2012

NEGERI BAWAH BAYU


Kalau zaman kana-kanak ... selalu dengar ayat makbapak.... 'kalau nak ikut siapkan kerja dulu'..... Rasa dah terbiasa dengan ayat tu.... bila nak jalan ni... selesaikan kerja dulu... baru perjalanan boleh rasa tenang..... he3.
So... dek terbiasa kerja last minute... pada muka aku, puku 3.00 pagi baru dapat siapkan kerja-kerja sekolah. Kalau kerja aku sendiri tak per.. tapi ni melibatkan kerja orang lain.. kalau aku tak siap.. kerja orang lain pun tergendala juga. Siap kerja.. aku lelapkan diri jap. Kul 4.45 dengan panggilan telefon daripada norzalina... teman melancung ku kali ini. Melompat dari katil..... bersiap dengan pantas.... kerana 5.30 pagi aku sepetutnya sudah berada di stesen bas di hadapan SMKTIS. Kami akan dibawa ke LCCT. 

Kali ni ke negeri bawah bayu.... dah lama tersimpan hasrat nak bawak diri ni ke Sabah...... akhirnya... kali ni... cita-cita ku hampir tercapai (Ni masih di LCCT lagi .....menunggu flight kul 11.05 pagi). Aku mengikut rombongan ahli koperasi negeri Selangor .... kiranya aku mewakili sekolah ku lah... he3.. atas tiket KURSUS tu...... Apa-apapun RM600.... lengkap dengan tiket penerbangan, hotel & makan..... kira ok ler.... bukan senang nak dapat peluang ke negeri orang..... Kalau dibanding, tiket ke Bandung jauh lebih murah dari ke Sabah .... kenapa?.... tak tau lah.

Melancung kali ni.. aku pasang niat... nak beli ikan bilis jer.... dengar cerita, ikan bilis di sabah boleh dapat yang segar... . So, berbekalkan bag bagasi yang besar..... ku simpan separuh ruang untuk membawa balik hasil shopping ikan bilis di Sabah. Bila cerita dengan kawan... dia meragui niat aku...'boleh percaya ke tu.. nak shopping ikan bilis jer'.... ok!.. aku try. .... ha2... bukan apa, sebenarnya duit dah habis shopping kat Bandung 2, minggu lepas..... so, kali ni... kena ketatkan sikit aliran wang .....

So.... Sabah ..... nantikan kehadiran ku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan